? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?
Showing posts with label Karangan. Show all posts
Showing posts with label Karangan. Show all posts

Tajuk : Hari ini cuaca sangat baik. Kamu masih bercuti persekolahan penggal kedua. Kamu bercadang hendak memancing ikan bersama-sama rakan baik kamu. Dalam perjalanan, kamu terlihat tiga orang lelaki sedang melakukan sesuatu. Gelagat lelaki-lelaki itu sungguh mencurigakan kamu. Ceritakan tindakan kamu seterusnya.

Pagi ini cuaca amat baik. Matahari memancarkan cahayanya yang terang-benderang. Aku masih bercuti persekolahan penggal kedua.

Untuk mengisi masa lapang, aku mengajak rakan baikku, Kean Yun pergi memancing ikan. Setelah bersetuju, kami pun menyediakan peralatan memancing. Kami bercadang hendak memancing ikan di pinggir sebuah hutan.

Oleh sebab kedudukan tempat memancing tidak berapa jauh, kami berjalan kaki sahaja. Dalam perjalanan itu, kami berbual-bual dengan gembira.
Beberapa minit kemudian, kami lalu berhampiran sebuah rumah usang. Di rumah usang itu, kami melihat tiga orang lelaki sedang mengangkat barang-barang ke dalam rumah itu. Aku dan Kean Yun saling berpandangan. Siapakah mereka dan apakah barang-barang yang diangkat oleh mereka itu?

Kami mengesyaki lelaki-lelaki itu sedang melakukan sesuatu yang tidak baik lalu kami pun membatalkan rancangan untuk memancing. Kami pergi ke balai polis berhampiran untuk melaporkan apa yang yang kami lihat. Pihak polis pun pergi ke rumah usang itu. Setelah menyerbu masuk, mereka mendapati ketiga-tiga orang lelaki itu sedang menyembunyikan barang-barang curi. Ketiga-tiga orang lelaki pun ditahan setelah tidak sempat angkat kaki sebelum polis menawan mereka.
Pihak polis memuji tindakan kami. Kami telah mengambil tindakan yang betul. Cuti persekolahan kali ini sungguh bererti bagi kami.

Mimpi yang menakutkan

Tajuk : Mimpi yang menakutkan

Malam itu cuaca agak terang. Bulan mengambang di awan. Aku berjalan seorang diri menuju ke rumahku. Aku baru pulang dari kedai kerana membeli gula untuk ibuku.

Semasa aku berjalan-jalan, tiba-tiba aku terasa angin bertiup lembut. Dari kejauhan, terdengar bunyi salakan anjing yang memanjang. Aku tidak menghiraukan keadaan itu. Aku cuba bernyanyi-nyanyi kecil untuk menghangatkan suasana yang mulai dingin.

Untuk tiba ke rumahku, aku perlu melalui sebuah rumah usang yang menurut cerita teman-temanku, berhantu. Aku tidak pernah mempercayai kata-kata mereka itu kerana sepanjang aku melalui kawasan rumah itu, aku tidak pernah terjumpa apa-apa. Aku mahu dikenali sebagai anak jantan dan tidak takut menghadapi sebarang cabaran.
Sebaik-baik sahaja aku melintasi rumah usang tersebut, hujan turun dengan lebatnya. Aku agak hairan kerana cuaca yang tadinya baik, tiba-tiba hujan. Mahu tak mahu, aku terpaksa berteduh di rumah usang itu. Sebaik-baik sahaja aku melangkahkan kaki di hadapan rumah itu, tiba-tiba pintu hadapan rumah itu terbuka dengan sendirinya. Aku agak terkejut, namun aku mencuba memberanikan diriku.

Apabila aku memandang ke arah pintu tersebut, aku terlihat suatu lembaga yang sungguh hodoh melambai-lambai ke arahku. Kakiku menjadi kaku. Lembaga itu kian menghampiriku. Taringnya sungguh panjang. Kakinya tidak menjejak bumi. Dia seakan-akan hendak mencekikku. Aku pun menjerit sekuat-kuat hatiku.

Peluhku mengalir keluar dengan banyak. Tiba-tiba, aku terdengar namaku dipanggil berulang-ulang kali. Aku pun membuka mata. Barulah aku sedar rupa-rupanya aku hanya bermimpi.

Tajuk : Hari ini cuaca sangat baik. Kamu masih bercuti persekolahan penggal kedua. Kamu bercadang hendak memancing ikan bersama-sama rakan baik kamu. Dalam perjalanan, kamu terlihat tiga orang lelaki sedang melakukan sesuatu. Gelagat lelaki-lelaki itu sungguh mencurigakan可疑. Ceritakan tindakan kamu seterusnya.

Pendahuluan:
- cuaca amat baik – matahari memancarkan cahayanya yang terang-benderang太阳放射刺眼的光芒 – masih bercuti

Isi-isi :
- mengisi masa lapang填补空闲时间 – mengajak邀请 – memancing – menyediakan准备 peralatan memancing钓鱼用具 – memancing di pinggir hutan森林边缘

- destinasi目的地 tidak berapa jauh – berjalan kaki sahaja – dalam perjalanan一路上 – berbual-bual dengan gembira

- melalui sebuah rumah usang –melihat tiga orang lelaki sedang mengangkat barang-barang ke dalam rumah itu – saling berpandangan互相对望 . Siapakah mereka dan apakah barang-barang yang diangkat oleh mereka itu?

- mengesyaki怀疑 – melakukan sesuatu yang tidak baik – membatalkan取消 rancangan计划 – pergi ke balai polis – melaporkan报告 apa yang kami lihat – polis ke rumah usang – menyerbu masuk冲入 – mendapati发现 – menyembunyikan收藏 barang-barang curi – ditahan被扣留 – tidak sempat angkat kaki来不及逃跑

Penutup :
memuji称赞 tindakan行动 – mengambil tindakan yang betul – cuti persekolahan kali ini sungguh bererti bagi kami

Tajuk : Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Mimpi yang menakutkan恐怖的梦”.

Pendahuluan:
- cuaca agak terang – bulan mengambang di awan月亮高挂天空 – berjalan seorang diri – pulang dari kedai kerana membeli gula untuk

Isi-isi
- terasa angin bertiup lembut冷风吹过 – dari kejauhan从远处, - bunyi salakan anjing yang memanjang长长的狗吠声 – tidak menghiraukan不理睬 suasana yang mulai dingin开始冷冰的气氛-

- melalui经过 sebuah rumah usang旧屋 yang menurut根据 cerita teman-temanku, berhantu有鬼 – tidak pernah mempercayai从来不相信 – tidak pernah terjumpa apa-apa从来没看见任何东西 – anak jantan男子汉 – tidak takut menghadapi sebarang cabaran不怕面对任何挑战

- melintasi经过 rumah usang, hujan turun dengan lebat下大雨 – agak相当 hairan惊奇 – cuaca yang tadinya baik刚才天气好 – terpaksa被逼 berteduh避雨 di rumah usang – melangkah kaki脚踏在 – pintu hadapan rumah terbuka dengan sendiri门自己打开 – terkejut惊吓 – mencuba memberanikan diriku尝试使自己勇敢

- memandang ke arah pintu tersebut看向那扇门 – lembaga影子 yang sungguh hodoh melambai-lambai ke arahku向我挥手 – kaku僵硬 – lembaga itu kian menghampiri ku渐渐靠近我 – taring牙齿 – panjang – kakinya tidak menjejak bumi脚不到地 – seakan-akan好像 hendak mencekikku捏我 – menjerit sekuat-kuat hatiku大声喊

Penutup 结尾
Peluhku mengalir dengan banyak流很多汗 – terdengar nama dipanggil berulang-ulang kali听见名字不停被叫 – membuka mata – rupa-rupanya原来 hanya只是 bermimpi发梦

25 -9 - 2009

Tajuk :
Pada petang itu, kamu baru pulang dari sekolah. Semasa melalui suatu kawasan, kamu terdengar suara anak kucing di dalam longkang yang berdekatan. Ceritakan tindakan yang kamu lakukan.

Pendahuluan :
- melangkah keluar dari pintu pagar sekolah – menggalas beg yang berat seperti seekor gajah - berjalan pulang dari sekolah – matahari telah melewati paras kepala太阳高挂头顶 - cuaca sangat panas – berasa dahaga dan letih – bermandi peluh

Isi-isi :
1. – terdengar suara ‘miao miao miao’ dari longkang – berjalan menuju朝向ke arah longkang itu – rupa-rupanya – kucing yang comel
2. – kucing itu basah-kuyup湿透 – bulunya kotor –matanya berwarna perang – saiz badannya sangat kecil - berasa kasihan – mengambil keputusan决定 - menyelamatkan kucing
3. longkang itu sangat dalam深 dan luas – turun ke dalam longkang – berhati-hati – menyelamatkan kucing itu dari longkang tanpa mengira kekotoran dan kebusukan longkang - membawa pulang - gembira
4. Setiba di rumah一到达家里 –tanpa membuang masa没有浪费时间 – segera - mandi – memberi susu dan makanan – makan dengan perlahan-lahan慢慢 – tidur di dalam satu bakul yang bersih
5. menamakan取名为 kucing itu sebagai Si Putih kerana bulunya berwarna putih - Pada masa lapang得空时, - bermain dengan kucing itu – hubungan kami bagai isi dengan kuku感情很好


Penutup:
berasa riang开心 kerana memiliki seekor kucing yang comel – sayang akan kucing itu selama-lamanya永远 – berharap kucing itu akan menjadi teman sejati忠心的朋友 saya