? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tajuk : Hari ini cuaca sangat baik. Kamu masih bercuti persekolahan penggal kedua. Kamu bercadang hendak memancing ikan bersama-sama rakan baik kamu. Dalam perjalanan, kamu terlihat tiga orang lelaki sedang melakukan sesuatu. Gelagat lelaki-lelaki itu sungguh mencurigakan kamu. Ceritakan tindakan kamu seterusnya.

Pagi ini cuaca amat baik. Matahari memancarkan cahayanya yang terang-benderang. Aku masih bercuti persekolahan penggal kedua.

Untuk mengisi masa lapang, aku mengajak rakan baikku, Kean Yun pergi memancing ikan. Setelah bersetuju, kami pun menyediakan peralatan memancing. Kami bercadang hendak memancing ikan di pinggir sebuah hutan.

Oleh sebab kedudukan tempat memancing tidak berapa jauh, kami berjalan kaki sahaja. Dalam perjalanan itu, kami berbual-bual dengan gembira.
Beberapa minit kemudian, kami lalu berhampiran sebuah rumah usang. Di rumah usang itu, kami melihat tiga orang lelaki sedang mengangkat barang-barang ke dalam rumah itu. Aku dan Kean Yun saling berpandangan. Siapakah mereka dan apakah barang-barang yang diangkat oleh mereka itu?

Kami mengesyaki lelaki-lelaki itu sedang melakukan sesuatu yang tidak baik lalu kami pun membatalkan rancangan untuk memancing. Kami pergi ke balai polis berhampiran untuk melaporkan apa yang yang kami lihat. Pihak polis pun pergi ke rumah usang itu. Setelah menyerbu masuk, mereka mendapati ketiga-tiga orang lelaki itu sedang menyembunyikan barang-barang curi. Ketiga-tiga orang lelaki pun ditahan setelah tidak sempat angkat kaki sebelum polis menawan mereka.
Pihak polis memuji tindakan kami. Kami telah mengambil tindakan yang betul. Cuti persekolahan kali ini sungguh bererti bagi kami.